اصلح نفسك ودعو غيرك

Sabtu, 30 April 2011

Kemenangan Berpihak Kepada Islam Di Tunisia


TUNISIA, 25 April – Pilihanraya di Tunisia baru-baru ini mencatatkan satu sejarah negara di Tunisia apabila Persatuan Peguam Muda yang lebih berpihak kepada Islam telah memenangi lapan dari sembilan kerusi yang dipertandingkan. Sumber dari badan undang-undang Tunisia telah mengatakan dalam “Quds Akbar” bahawa kemenangan besar yang berpihak pada Islam di Tunisia dalam pilihanraya Perstuan Muda Peguam membimbangkan banyak ahli politik di negara itu. Kemenangan ini membangkitkan lagi semangat dan terus menarik minat mereka dalam urusan politik Tunisia selepas berlakunya revolusi yang telah menggulingkan Presiden Ben Ali. Keputusan pilihanraya ini telah didominasi oleh golongan yang berpihak pada undang-undang Islam. Mereka juga mengambil peluang mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan dari keputusan mahkamah tentang resolusi yang telah dimeterai dari Persatuan Parti Demokrasi Perlembagaan Negara, yang telah memerintah dari awal kemerdekaan sehingga hari ini. Sumber : Al-Mokhtasar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK