PENGKID
Isu golongan wanita membawa imej lelaki telah lama dibincangkan dan bukanlah satu perkara yang sangat baru dan ia adalah fenomena global.Kajian mendapati fenomena pengkid ini bermula daripada peringkat permulaan seseorang perempuan sejak mereka masih kecil.Kebingungan dan pemberotakkan di dalam jiwa adalah lumrah pembentukan identiti ketika mereka memasuki alam pencarian identiti,ini adalah faktor luaran yang akhirnya membuatkan remaja mencuba pelbagai gaya kehidupan..
Sabda Rasulullah SAW:
لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، والمترجلات من النساء
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 6834 خلاصة الدرجة: [صحيح]
Bermaksud :Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita .(HR al Bukhary)
Sabda Rasulullah SAW
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
الراوي: أبو هريرة المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4098خلاصة الدرجة: سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح]
Bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berrkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.(HR Abu Daud)
Maksud menyerupai dalam konteks hadith ini termasuklah daripada gaya rambut , perhiasan ,penampilan , cara bercakap cara berpakian dan sebagainya.
Teori yang dianggap mustahil ialah perempuan sejak dahulunya hidupnya di dalam persekitaran di mana dia melihat sendiri perangai lelaki lebih dominated berbanding perempuan.Avon Longitudinal Study of Parents and Children telahpun menyanggah teori ini,fenomena ini adalah disebabkan oleh genetik dan prenatal factors.Walaupun ramai yang mampu untuk membuat teori ini,namun sudah terang lagi bersuluh untuk kita nyatakan pengkid adalah haram disisi islam
Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendapat pada 23 Oktober 2008 yang lalu,pekara ini perlu ditangani dan disekat kerana secara jelasnya hukumnya adalah haram.‘‘Ia melanggar tabie serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 .Fatwa ini adalah antara hasil perbingcangan selama 2 hari yang telah disepakati oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Tindakan NGO-NGO bukan Islam yang bersungguh menentang kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan, jelas melanggar Perlembagaan negara di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Persoalanya, mengapa mereka mahu mempertikaikan hukum Islam, sedangkan mereka tiada kena mengena dengan fatwa yang telah ditetapkan,sekaligus tidak memahami peranan sebenar Majlis Fatwa Kebangsaan dan fungsi fatwa dikeluarkan,mereka sepatutnya memohon penjelasan terlebih dahulu.Mesti diketahui, hukum, peraturan dan sebagainya bukan bertujuan menyekat kebebasan dan bersifat mengongkong,tetapi ia bersikap menjaga ataupon mengawasi.Ini dapat dilihat apabila isu pengkid ataupun poligami yang dianggap menindas kaum wanita,alasan mereka semua ini hanyalah semata-mata mengongkong kebebasan wanita.Sebaliknya,ia memperbetulkan manusia supaya kembali kepada fitrah bukanlah penyekat tetapi penyelamat manusia sejagat dan memandu umat manusia untuk patuh kepada nilai yang ditetapkan Allah.Tindakan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mempertikaikan fatwa yang berkaitan dengan menyifatkannya sebagai mahu mengongkong kebebasan wanita di samping menjadikan negara ini dipandang serong serta ditertawakan negara luar, amat dikesali kerana ia lebih bersifat emosi yang tidak terkawal semata-mata yang kononnya untuk memperjuangkan kebebasan.
.
Disini kita boleh membahagikan golongan luar tabie ini kepada 3 golongan:
( PENGKID )
1)Gadis atau wanita mempunyai penampilan fizikal menyerupai lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan pakaian seluar jeans dan t-shirt.
2)Kebanyakkanya mempunyai potongan badan seperti lelaki., nyata terserlah sifat kelakian pada golongan ini sehingga ada yang tertipu bahawa mereka benar-benar seorang lelaki yang sejati.
3) Bernafsu untuk menjalin hubungan intim dengan wanita cantik sehingga tidak ada keinginan terhadap lelaki.
4)Menganggap dirinya seperti lelaki gagah yang mampu menjaga pasanganya. Golongan ini cuba menonjolkan identity gender berlawanan daripada norma-norma biologi dan social yang mereka miliki.
( LESBIAN )
1)Mempunyai perwatakan sama aeperti wanita biasa.
2)Homoseks (lesbian)
3)Seorang yang kuat cemburu.
4_Bernafsu pada wanita yang cantik.
( TOMBOY )
1)Mempunyai perwatakan seperti lelaki.
2)Bernafsu terhadap lelaki.
3)Bukan dari golongangan lesbian(bernafsu pada sesama jantina atau pengkid).
4)Mempunyai sikap yang agak ganas dan kasar.
Pada lumrahnya pengkid bukanlah satu golongan yang mudah kita kembalikan pada lumrah yang asal,ada juga yang berpendapat pengkid ini adalah golongan yang mana sudah bertukar 100% kepada lelaki.Pernahkah kita mendalami jiwa golongan pengkid ini?Pernahkah kita terfikir mengapah mereka ini suka sesama sejenis dan apakah yang merangsang mereka sehinggakan tidak bernafsu pada kaum lelaki yang gagah perkasa.Parah lagi jika diktahui pasangan pengkid ini punya perasaan saling cinta mencintai,rindu merindu antara satu sama lain,sehinggakan sasaran pengkid ini bukan sahaja wanita cantik yang belum berkahwin bahkan wanita yang sudahpun mendirikan rumah tangga dengan alasan hanya berkawan.
Sehubungan selepas pengeluaran fatwa mengharamkan pengkid,ramai yang tampil memberikan pendapat,positif mahupon negatif. Pada akhbar metro ahad 16hb,tercatit luahan perasaan seorang pengkid yang begitu pandai berbicara.Katanya “Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.”
Bukan mudah bernafas dijiwa nyata,dan kita terus dalam keasyikan.“Buat masa sekarang saya tak hendak ambil tahu (pengharaman itu). Saya tahu jalan yang kami pilih salah dan berdosa. Namun saya tidak dapat hendak mengubah naluri diri sejak kecil.
“Adakah kami boleh ditangkap atas kesalahan menjadi pengkid? Bukan sewenang-wenangnya tindakan boleh diambil,” kata seorang pengkid yang bertubuh kurus, berkulit putih dan berambut pendek kemerahan.
Fikirkanlah untuk apa kita terus menghukum lumrah yang telah jelas dihadapan.Mengapa jalan simpang jua yang menjadi pilihan,mengapa pengkid yang menjadi pilihan??
“Kami hanya mahu berseronok atau bersuka-suka, tetapi saya tak nafikan ada pengkid yang lebih-lebih sehingga bercinta dan melakukan hubungan seks sesama jenis,” kata seorang pengkid.
Menurutnya, pengkid menjadi pilihan wanita kerana didakwa lebih memahami golongan itu, terutama apabila pasanganya mempunyai masalah,masakan tidak mereka jua wanita.
“Kami (pengkid) lebih mudah dekati mereka (wanita), terutama apabila ada masalah. Walaupun sehingga ada yang melakukan hubungan seks, ia masih selamat kerana sukar untuk mengandung,” katanya.
“Saya sudah fikir masak-masak, apa sebenarnya yang perlu saya takutkan? Lebih baik saya jalani hidup seperti biasa dan bergembira bersama rakan lain."
“Begitu juga ketika di rumah bersama kekasih, tiada apa perlu berubah antara kami. Takkan kerana isu ini dibangkitkan, saya perlu tidur bilik berasingan dengannya(pasangan pengkid)."
Firman Allah:
''Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir''.
(surah Arrum 21)
Firman Allah:
''Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.''
(surah An Nur 32)
Firman Allah SWT:
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)
(surah as-Syuara’:165-166)
Namun perlu ditegaskan hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa dibatasi dengan batasan syarak adalah diharamkan sebagaimana hubungan perkahwinan yang berlaku dengan jantina yang sejenis atas tiket fahaman liberalisme .
Justeru itu,selaku golongan agamawan yang menuntut digedung ilmu ini,kemelut pengkid ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh,kerana ia adalah fenomena akhir zaman yang perlu ditangani dengan baik.Amat tidak wajarlah jika kita hanya boleh memandang dan menjadi golongan terpinggir tanpa mmikirkan jalan penyelesaianya.Lebih menyedihkan lagi jika kita hanya mengharapkan orang lain yang memulakan.
Sabda Rasulullahka SAW yang bermaksud:"sesiapa yang tidur dan tidak mengambil hirau urusan kaum muslimin,maka dia bukan dari kalangan mereka." (HR al-Baihaqi)
rujukan...
1.http://www.hmetro.com.my
2.http://pmr.penerangan.gov.my
3."http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkid"
4.http://www.harakahdaily.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan