اصلح نفسك ودعو غيرك

Isnin, 15 Ogos 2011

Isu hak mahasiswa


Saudara Firdaus buat keputusan untuk tidak tamatkan pengajiannya.

Saya cukup sedih terhadap apa yang berlaku kepada saudara Firdaus Madzlan bahawa ternyata beliau memang tidak boleh untuk menyambung kembali pengajiannya di Institut Pengajian Darul Ifta'.

Sudah dalam jangkaan saya apa yang dinasihatkan oleh Dato' Duta dalam pertemuan baru-baru ini akan senada dengan apa yang akan diucapkan oleh pihak Darul Ifta'. Nasihat yang sama diajukan oleh pihak Darul Ifta' kepada saudara Firdaus ketika beliau mahu menyerahkan surat permohonan untuk menyambung kembali pengajiannya di institut tersebut.

Baru-baru ini beliau dinasihatkan oleh Dato' Duta bahawa sebagai seorang yang bakal menjadi mufti tidak sepatutnya bagi beliau menyertai bidang politik. Tambah Dato' Duta lagi, sewajarnya bagi seorang ulama' atau mufti perlu mengambil pendekatan wasatiyyah dan menjadi orang tengah terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam masyarakat tanpa perlu menggabung diri dalam bidang politik.

Saudara Firdaus seolah-olah diberi peringatan bahawa untuk melayakkan beliau menyambung pengajiannya di Institusi tersebut, beliau perlu berjanji untuk tidak berpolitik setelah memperoleh sijil dan pulang ke tanah air. Bagi saudara Firdaus saya melihat beliau yakin bahawa berpolitik ini adalah sunnah yang dijar oleh Rasulullah sebagai salah satu wasilah 'amaliah untuk meletakkan Islam itu sebagai yang memimpin bukan yang dipimpin.

Beliau mengambil pendirian yang bermaruah dengan menolak syarat tersebut dan mengambil lapangan dakwah itu menerusi cerapan yang lebih luas termasuklah menggabungkan diri ke medan siyasah syar'iah.

- Pengerusi DESAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK