اصلح نفسك ودعو غيرك

Isnin, 15 Ogos 2011

Isu hak mahasiswa


Saudara Firdaus buat keputusan untuk tidak tamatkan pengajiannya.

Saya cukup sedih terhadap apa yang berlaku kepada saudara Firdaus Madzlan bahawa ternyata beliau memang tidak boleh untuk menyambung kembali pengajiannya di Institut Pengajian Darul Ifta'.

Sudah dalam jangkaan saya apa yang dinasihatkan oleh Dato' Duta dalam pertemuan baru-baru ini akan senada dengan apa yang akan diucapkan oleh pihak Darul Ifta'. Nasihat yang sama diajukan oleh pihak Darul Ifta' kepada saudara Firdaus ketika beliau mahu menyerahkan surat permohonan untuk menyambung kembali pengajiannya di institut tersebut.

Baru-baru ini beliau dinasihatkan oleh Dato' Duta bahawa sebagai seorang yang bakal menjadi mufti tidak sepatutnya bagi beliau menyertai bidang politik. Tambah Dato' Duta lagi, sewajarnya bagi seorang ulama' atau mufti perlu mengambil pendekatan wasatiyyah dan menjadi orang tengah terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam masyarakat tanpa perlu menggabung diri dalam bidang politik.

Saudara Firdaus seolah-olah diberi peringatan bahawa untuk melayakkan beliau menyambung pengajiannya di Institusi tersebut, beliau perlu berjanji untuk tidak berpolitik setelah memperoleh sijil dan pulang ke tanah air. Bagi saudara Firdaus saya melihat beliau yakin bahawa berpolitik ini adalah sunnah yang dijar oleh Rasulullah sebagai salah satu wasilah 'amaliah untuk meletakkan Islam itu sebagai yang memimpin bukan yang dipimpin.

Beliau mengambil pendirian yang bermaruah dengan menolak syarat tersebut dan mengambil lapangan dakwah itu menerusi cerapan yang lebih luas termasuklah menggabungkan diri ke medan siyasah syar'iah.

- Pengerusi DESAK.

Khairi Jalalluddin cabar mahasiswa bawa isunya ke mahkamah.





13 Ogos 2011- Seramai 50 orang mahasiswa dan mahasiswi di Mansourah telah berhimpun di hadapan dewan Global Medic Network Society (GMNS)bagi menunjukkan protes mereka terhadap Encik Khairi Jalalluddin.

Himpunan dibuat bersempena dengan majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (EME) di Mansourah. Rombongan EME di ketuai oleh pengarahnya iaitu Prof. Dr. Hj. Su'aidi dan diiringi oleh beberapa orang pegawainya termasuklah Encik Khairi. Namun kehadiran Encik Khairi disambut dengan penuh kehinaan apabila sekumpulan mahasiswa berkumpul berhampiran keretanya dengan menayangkan sepanduk yang bertulis "Hantar KJ Pulang!!!".

Setibanya Pengarah EME ke majlis terlebih dahulu disambut oleh saudara Muhammad Fadhil yang mengetuai himpunan mahasiswa tersebut di Mansourah. Beliau yang juga merupakan wakil Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) di Mansourah sempat mengajukan beberapa persoalan kepada pengarah berhubung isu Encik Khairi. Antara soalan yang diajukan saudara Fadhil adalah berhubung dengan pendirian EME terhadap kes salah laku pegawainya iaitu Encik Khairi. Jawapan ringkas daripada pengarah ialah "Saya baru sahaja di sini sekitar tiga bulan. Saya tak tau apa-apa pun isu Encik Khairi ni, tau-tau dah meletup macam ni".

Ketika penjelasan itu dibuat oleh pengarah, Encik Khairi juga turut bersama dalam pertemuan tersebut. Apa yang menarik perhatian mahasiwa ketika itu Encik Khairi sempat mencabar mahasiswa untuk membawa kesnya ke mahkamah setelah diberi amaran oleh saudara fadhil kepada beliau untuk dibawa kesnya ke mahkamah. Encik Khairi juga sempat memberi respon bahawa apa tindakan menggodam FB beliau adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan segala pendedahan yang dibuat oleh Kak Limah itu adlah kes yang lama.

DESAK dimaklumkan bahawa seramai 14 orang daripada mahasiswa Dumyat turut ke Mansourah bagi menyertai himpunan tersebut.- Naib Pengerusi DESAK

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK