اصلح نفسك ودعو غيرك

Sabtu, 18 Jun 2011

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Terhadap Karikatur Utusan ‘Kekeliruan Kes Rogol’


Merujuk karikatur yang dimuat di dalam dada akhbar Utusan bertarikh 15 Jun 2011, ia dilihat sebagai usaha mempersenda agama Islam. Konten karikatur tersebut menggambarkan bahawa Islam tidak sedikit pun membela hak dan maruah manusia. Di dalam surah al-Taubah ayat 65 dan 66, Allah telah mencela golongan yang mempersenda-senda agama Islam:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab : sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah : Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu mempersendakan? (65) Tidak perlu kamu beralasan kerana kamu telah kufur setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”.(66)

Berdasarkan ayat ini, terbit hukum terbatal keIslaman seseorang apabila dia melancarkan sendaan terhadap Islam, samada dengan hati, kata-kata atau perbuatan. Pelaku kesalahan tersebut kekal dengan kekufurannya sehingga taubat nasuhanya diterima oleh Allah SWT.

Bahkan kefahaman pelukis yang bertanggungjawab atas karikatur tersebut dengan agama Islam ternyata amat dangkal. Beliau keliru antara pensabitan jenayah zina dan jenayah rogol. Zina tiada unsur paksaan manakala rogol pula sebaliknya. Islam telah memperuntukkan jenayah rogol dengan cara pensabitan yang cukup berbeza dengan jenayah zina. Rogol tidak memerlukan empat orang saksi yang adil sebagaimana zina. Sebaliknya jenayah rogol hanya memerlukan qarinah untuk sabit kesalahan ke atas pesalah.

Menurut Imam al-Jurjani di dalam ensiklopedianya ‘al-Ta’irifat’, qarinah merupakan bukti jelas yang difikirkan logik bagi membantu siasatan kes. Qarinah mestilah sesuatu sumber maklumat yang diketahui umum yang difikirkan relevan untuk dijadikan bahan bukti. Dengan itu, ia mampu merungkai persoalan tersirat terhadap sesuatu kes. Autoriti qarinah dalam mengadili sesuatu dakwaan telah disebut di dalam al-Quran melalui surah Yusuf ayat 27 dan 28;

“Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: Sesungguhnya kejadian itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar”

Nabi Yusuf terbukti tidak bersalah dengan dakwaan rogol apabila didapati terdapat kesan koyak di belakang bajunya. Pada zaman tersebut, ia dianggap qarinah yang cukup jelas menggambarkan situasi antara perogol dan mangsa rogol.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam karyanya ‘al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah’ menyebutkan bahawa para sahabat telah menjadikan hamil sebagai qarinah kepada jenayah zina. Bahkan Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad yang mewakili majoriti ulama’ berpendapat bahawa qarinah yang cukup jelas amat berautoriti menjadi pelengkap bagi bahan bukti.

Adapun qarinah bagi kes rogol yang relevan diguna pakai di zaman sekarang, ia termasuk DNA, rakaman video, gambar, cop jari dan sumber-sumber lain mengikut peredaran semasa. Justeru MANHAL PMRAM mencadangkan beberapa inisiatif bersama:

1) Pelukis karikatur dan pihak-pihak yang terlibat diminta bertaubat kerana mempersenda hukum agam Islam. Mereka juga perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Ini demi memelihara sensitiviti umat Islam tehadap cara hidup anutan mereka.

2) Kajadian ini membuktikan kekeliruan masyarakat Islam Malaysia terhadap agama anutan mereka sendiri. Ahli akademik Islam perlu mengadakan usaha bersepadu ke arah penerangan dan pemahaman terhadap hukum hakam Islam.

Rujukan:
1) Tafsir Ayat al-Ahkam, Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni.
2) Al-Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili.
3) Majmu’ Syarah Muhazzab, Imam Nawawi disempurnakan oleh Syeikh Najib Muthi’iy.
4) Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili.
5) Feqh al-Sunnah, Sayyid Sabiq.
6) Al-Nizam al-Qadha’ie Fi al-Feqh al-Islami, Dr. Muhammad Ra’fat Uthman.

Fellow MANHAL yang terlibat:

1) Mohamad Hanif Bin Haron.
2) Abdul Mu’izz Bin Muhammad.
3) Shahrizan Bin Mohd Hazime.

4 golongan lelaki yang ditarik oleh perempuan ke neraka


|4 golongan lelaki yang ditarik oleh perempuan ke neraka| Pertama:- Ayahnya Apab...ila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

#Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar

firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....." (surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)...♥

Rabu, 1 Jun 2011

Pemerkasaan Kad PMRAM


Lajnah Pendaftaran PMRAM bagi sesi 2011 hari ini mengumumkan saluran kebajikan ahli PMRAM dari aspek penggunaan Kad Keahlian PMRAM. Lajnah Pendaftaran PMRAM dengan kerjasama Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa (BPKB) secara rasminya telah menjalinkan kesepakatan dengan pihak Institusi Bahasa yang tidak asing lagi iaitu Markaz Nil khusus untuk memberi manfaat dan kelebihan kepada ahli PMRAM.

Mulai hari ini , kepada ahli PMRAM yang ingin mendaftarkan diri sebagai penuntut di Markaz Nil. Khusus untuk ahli PMRAM akan mendapat potongan istimewa dengan menggunakan Kad PMRAM.
1. Pendaftaran LE 200.
2. Buku percuma setiap mustawa.
3. Yuran imtihan percuma.
Keistimewaan ini hanya diberikan kepada ahli PMRAM yang mempunyai Kad Keahlian sahaja.
Permohonan ini telah ditetapkan oleh pihak BPKB bahawa pendaftaran MESTI melalui pendidikan cawangan negeri masing-masing. Antara dokumen penting yang perlu disediakan ialah : Yuran pendaftaran(LE200), gambar 1 keping, salinan kad PMRAM (depan belakang) dan isi borang (dapatkan borang di cawangan ). Jalinan kerjasama ini membuktikan hubungan baik antara PMRAM dan institusi luar.
Melalui pembawakkan PMRAM yang masih dikekalkan daripada sesi lepas ‘Kemantapan Fikrah Membina Sahsiah’ topik kebajikan antara agenda utama dalam pembawakan tema tersebut. PMRAM pada sesi ini akan memperkasakan fungsi kegunaan Kad PMRAM melalui Lajnah Pendaftaran PMRAM dibawah tanggungjawab Naib Setiausaha Agung , Saudara Halis Syafiq bin Ahmad.
1. Potongan harga dari pembelian sebahagian buku tertentu sahaja di Kedai PMRAM.
2. Kad PMRAM bagi pasangan berkahwin.
Selain itu, kerjasama dilaksanakan juga diperingkat Badan Ekonomi (BEKON) dan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) PMRAM. Pembelian sebahagian buku tertentu di Kedai PMRAM juga akan diberikan harga istimewa dan potongan kepada pembeli yang menunjukkan Kad PMRAM. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pengkelasan Kad akan dibuat khusus kad keahlian bagi pasangan berkahwin. Maklumat lain akan menyusul kemudian.
Pihak Lajnah dan Unit Pendaftaran PMRAM amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea yang hendak dikongsikan keperingkat PMRAM. Sila emelkan kepada pmram30@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau pmram1930@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah
Norhalis Syafiq Bin Ahmad
Naib Setiausaha Agung
Ketua Lajnah Pendaftaran PMRAM 2011

PMRAM & Markaz Nil : Perkukuhkan Hubungan



KAHERAH, 31 Mei - PMRAM mengorak langkah dalam memperkasakan hubungan baik bersama dengan Markaz Nil (Markaz Bahasa) bagi menjayakan usul PMRAM pada sesi tahun ini.
PMRAM telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Markaz Nil pada jam 3.00 petang tadi bertempat di Markaz Nil yang telah dihadiri oleh Ustaz Mahmud, Mudir Markaz Nil dan Ustaz Omar.
Wakil dari PMRAM yang diketuai oleh Presiden PMRAM 2011 Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman,juga turut serta bersama dalam perjumpaan tersebut Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri selaku Ketua Badan Sambutan & Rehlah PMRAM dan Saudara Ahmad Daniel Mohmed Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 .
Antara perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai penggunaan Kad PMRAM untuk pendaftaran kursus Bahasa Arab dan Rehlah Tabadul Thaqafi ke Turki.
Disamping itu juga, Markaz Nil menyuarakan kesudian pihak mereka dalam membantu ahli PMRAM dalam memperkasakan penguasaan Bahasa Arab.
“ Perbincangan dua hala lebih berkonsepkan ramah mesra ini dapat diteruskan lagi bagi mengeratkan hubungan diantara Markaz Nil & Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ” ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili Saiman ketika ditemui .

sumber:
http://www.pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1606:pmram-a-markaz-nil--perkukuhkan-hubungan&catid=54:berita&Itemid=411

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK