اصلح نفسك ودعو غيرك

Sabtu, 21 Mei 2011

Hisbah 2011 : Gempur Dakwah Di Setiap Peringkat

Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2011 dibawah Unit Hisbah PMRAM terus memperkasakan aktiviti "Amar Makruf Nahi Mungkar" pada tahun ini.

Meskipun ia tidak menjadi sebagai usul dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78 baru-baru ini, akan tetapi aktiviti gerak kerjanya tetap bergerak seperti biasa demi menjaga kelangsungan serta kesinambungan dalam menjayakan usul yang lepas.

Dalam Muktamar Sanawi kali ke-77 pada tahun 2010, usul Muktamar yang dibawa oleh mantan Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan Mohd Hazime berbunyi :- Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut : 1. Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius. 2. Menggempur skuad penguatkuasa Hisbah di setiap peringkat PMRAM Pusat dan cawangan.

Usul ini telah dipersetujui sebulat suara oleh seluruh ahli-ahli PMRAM yang menghadiri Muktamar Sanawi kali ke-77 di Nadi Riadhi ketika itu. Maka, gerak kerja yang dijalankan ini memerlukan komitmen dari semua ahli-ahli PMRAM dan mahasiswa di Mesir sendiri untuk sama-sama menyumbangkan masa dan tenaga.

Paling utama, ketika inilah para daie dapat mempraktikkan segala teori yang diperoleh untuk menjadi daie yang berhikmah.

Suasana dan biah solehah di kalangan mahasiswa di Mesir cukup penting, ianya sebagai kayu ukur seseorang itu ingin mengamalkan Islam dalam segenap kehidupan.

Revolusikan diri dengan menyahut seruan Amar Makruf Nahi Mungkar, lunaskan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"

Mohd Faizzudin Ghazali Naib Presiden I,
(Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM)

WANITA ISLAM , PERWATAKAN YANG TERSENDIRI


Di sana terdapat segolongan manusia yang berbeza daripada rakan-rakannya yang lain, tertonjol di dalam masyarakatnya, apabila ia bercakap semua yang ada diam mendengar, apabila mereka dilanda masalah mereka mencarinya, menunggu pendapat dan berpegang dengan pandangannya. Apabila dia tidak muncul mereka terasa kehilangannya. Golongan ini merupakan golongan pemikir, mereka mempunyai perwatakkan yang tersendiri. Mereka berfikir sebelum bercakap. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan mengkaji dan menelitinya daripada pelbagai sudut serta menggunakan pengalaman yang luas untuk mendapat natijah yang sahih dan tidak terkeluar daripada landasan yang betul.
Islam sebagai satu agama yang
agung, dengannya kita menjadi mulia, membina umatnya, samada lelaki ataupun perempuan di atas asas syakhsiah yang bebas dan berbeza daripada orang lain. Islam juga menolak sifat taklid, terikut-ikut dan tidak tetap pendirian. Oleh itu, ia mencela golongan musyrikin yang tidak mempunyai pendapat tersendiri terhadap sesuatu perkara. Pendapat dan fahaman mereka semata-mata mengikut apa yang ditinggalkan oleh bapa-bapa mereka walaupun bapa-bapa mereka tidak berakal dan tidak mendapat petunjuk. Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Janganlah salah seorang daripada kamu tidak tetap pendirian, dia berkata aku bersama orang ramai, sekiranya mereka baik maka baiklah aku, sekiranya mereka buruk maka buruklah aku, dan tetapi kuatkanlah diri kamu, sekiranya orang ramai baik maka baiklah kamu, sekiranya mereka buruk maka kamu jauhilah keburukan mereka. "
Seseorang yang tidak tetap pendirian ialah orang yang bertindak tanpa berfikir dan tanpa keyakinan seolah-olah dia merupakan seorang di dalam kelompok yang tidak langsung memiliki dirinya. Ia berkelakuan dan bertindak mengikut keadaan orang ramai dan keadaan sekeliling, tanpa berusaha untuk berfikir ataupun bertanggungjawab terhadap keputusannya samada benar ataupun salah. Orang seperti ini tidak mampu untuk memikul tanggujawab dan bersama-sama didalam pembangunan, ataupun memainkan peranan di dalam perjuangan yang sebenar. Orang-orang seperti ini mungkin diterima oleh mereka yang hidup di atas perkara-perkara yang remeh–temeh, ataupun mereka yang hidup tanpa tujuan dan matlamat. Tetapi mereka yang terbentuk dengan pembentukan Islam samada lelaki ataupun wanita tidak sekali-kali menerima perwatakkan seperti ini. Di dalam perjalanan umat Islam dan sejarahnya yang panjang, telah muncul beberapa wanita yang unggul, mempunyai perwatakkan yang tersendiri, seolah-olah ia merupakan bintang yang berkilauan di puncak sejarah. Ini adalah kerana ia dididik di madrasah tauhid, hidup di kalangan orang-orang yang beriman dengan sifat kepimpinan yang ada padanya. Ia mempunyai akhlak tinggi dan mulia yang sentiasa menjaga supaya ia melaksanakan peranannya di dalam pembinaan ummah.

Wanita-wanita Islam pada zaman dahulu, mereka telah menjelaskan pendapat dengan penuh tegas dan berani apabila di dalamnya terdapat kebaikan untuk masyarakat dan ummah ataupun untuk kepentingan kaum sejenisnya. Siapakah di antara kita yang tidak mengingati gadis berani yang datang berjumpa dengan Rasullullah s.a.w. memberitahu bahawa beliau menolak daripada berkahwin dengan anak bapa saudaranya kerana paksaan bapanya. Beliau kemudian kembali dan menerima anak bapa saudaranya sebagai suami selepas menguatkan konsep, tiada paksaan ke atas gadis di dalam masalah perkahwinan. Sehingga para bapa mengetahui bahawa mereka tidak berhak di dalam apa-apa urusan anak-anak perempuan mereka". Iaitu para bapa tidak berkuasa ataupun harus untuk memaksa anak-anak perempuan mereka berkahwin dengan orang-orang yang tidak mereka sukai.

Begitu juga dengan wanita masyhur, utusan para wanita yang datang
berjumpa dengan Rasullullah s.a.w meminta supaya para wanita dibenarkan berjihad selepas orang lelaki beroleh kejayaan dengan berjihad, bersolat Jumaat, menghadiri sembahyang berjemaah . Maka Rasullullah s.a.w. bersabda kepadanya dengan maksud: "Layanan wanita yang baik terhadap suaminya manyamai semua itu. "Ini bermaksud bahawa tanggungjawab yang dilaksanakan terhadap rumah dan suaminya mendapat ganjaran pahala yang sama dengan pahala yang diperolehi oleh lelaki. Kemudian inilah wanita yang berjumpa dengan Saidina Umar bin Al-Khattab di jalan dan berkata kepadanya: "Sesungguhnya kamu adalah Umair suatu ketika dahulu ketika kamu bersama kami, kemudian kamu menjadi Umar dan kemudian kamu menjadi Amirul Mukminin; takutlah kepada Allah wahai Umar; " Begitu juga wanita yang menentang pendapat Saidina Umar di masjid sewaktu Umar menegah mahar perkahwinan yang tinggi dengan berkata: "Kamu tidak berhak padanya wahai Umar."

Inilah sebahagian daripada tokoh-tokoh yang menonjol di dalam masyarakat Islam yang pertama. Buku-buku sejarah tidak menyebut nama-nama kebanyakkan mereka kerana contoh-contoh seperti ini adalah terlalu banyak dan biasa pada zaman mereka. Sejarah masih lagi menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku ke atas wanita Islam sepanjang sejarahnya yang memanjang selama lebih daripada empat belas kurun. Sesungguhnya wanita-wanita Islam ini mencari kebenaran, menuntut hakikat dan beriltizam dengan perkara yang betul. Selain daripada itu mereka juga berkorban, bahkan menemui kematian untuk menegak dan mempertahankan kebenaran. Dan ini semua dengan kehendak Allah akan terus berkekalan.
Sesungguhnya wanita-wanita Islam dituntut memberi perhatian kepada pemikiran dan pengetahuan agama serta beriltizam dengan tuntutan syara’ melebihi perhatian yang diberikan terhadap pakaian yang merupakan gambaran lahiriah dan membelanjakan untuk benda-benda yang tidak mendatangkan banyak faedah. Dia perlu memberi perhatian terhadap akhlak dan adab yang baik, perkataan yang manis dan suka kebaikan untuk manusia. Ia menyemai di dalam jiwanya ketinggian maruah dan kehormatan, menjauhi perkara yang remeh -temeh, menghindari perkara–perkara maksiat, jauh daripada perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan tidak memberi faedah, tidak mengaibkan orang lain, berbaik sangka dengan orang ramai, menunaikan tanggunjawab kemasyarakatan, membantu orang-orang yang teraniya dan berhajat serta membantu orang yang dizalimi. Oleh itu, fenomena menonjolkan keindahan sederhana yang menimbulkan ketenangan di dalam jiwa serta menyebarkan kecantikan ataupun keindahan terlalu tinggi yang ada di dalam masyarakat merupakan salah satu gambaran daripada gambaran-gambaran masyarakat Islam yang tinggi. Wanita sentiasa suka kelihatan cantik dan kecantikan hati, ruh, akal, tindak tanduk dan kebijaksanaan merupakan kecantikan yang kekal dan berterusan. Justeru, perkara ini perlu mendapat tempat teratas di dalam senarai perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dan didahulukan. Sementara itu, gambaran zahir perlulah kelihatan sederhana yang melambangkan maruah dan istiqamah. Jadi tidak layak untuk wanita Islam menggunakan model ataupun fesyen yang datang daripada barat yang sesat. Wanita Islam perlu mencari sesuatu yang sesuai dengan akidah dan masyarakat yang berada di sekelilingnya. Selain daripada itu, dia juga perlu mendidik diri dan ahli keluarganya supaya mempunyai keperibadian yang unggul dan bebas daripada sebarang pengaruh, beristiqamah, menolak sikap suka mengikut dan tidak hanyut di bawa arus. Apabila wanita Islam menyedari perkara ini, maka suatu perubahan masyarakat kita akan menuju ke arah kemajuan selangkah demi selangkah.
Risalah أيتها الفتيات
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI PMRAM 2011

Nakbah 63 : Kemenangan Semakin Hampir


Nakbah yang bermaksud malapetaka, kecelakaan atau bencana besar. Nakbah Palestin merujuk kepada Negara Haram Israel yang telah berjaya diumumkan sebagai sebuah Negara pada petang 14hb Mei 1948 serta diisytiharkan Negara Israel merdeka secara rasminya pada 15hb Mei 1948.

Nakbah Palestin juga merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Peristiwa ini juga berlaku setelah berlakunya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah penduduk Negara Palestin dengan bantuan British dan PBB.

Sebenarnya, untuk menjadi Palestin sebagai negara Yahudi sudah menjadi matlamat Zionis sejak akhir kurun ke-19 lagi. Selepas pengisytiharan Balfour, idea untuk melobi sokongan kuasa besar semakin kuat dan melalui pengisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin.

Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin. Namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang rejim Zionis sehinggakan lebih daripada 90% daripada tanah Palestin dikuasai Zionis. Masjid al-Aqsa yang diberkati terus dicabul kesuciannya. Ribuan rakyat berdosa merengkok di dalam penjara Israel, ekonomi dan bekalan asasi mereka disekat. Jutaan dikalangan mereka menjadi pelarian dan tragedi demi tragedi dilakukan dengan penuh kekejaman terhadap rakyat Palestin

Ketika Zionis erat bekerjasama dengan Amerika, British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara-Negara Arab dan Pertubuhan Negara-Negara Islam pula gagal untuk membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Suasana Umat Islam Hari Ini

Umat Islam kini masih tercari-cari jawapan terhadap isu Palestin. Secara umumnya, umat Islam yang berjumlah 1.6 billion merupakan satu per empat dari penduduk dunia yang berjumlah 6.5 billion boleh dibahagikan kepada beberapa golongan.

1. Golongan majoriti yang tidak tahu langsung atau hampir tidak tahu mengenai isu Al-Aqsa dan Palestin.
2. Golongan yang telah putus asa dan tidak memberi harapan kepada Palestin.
3. Golongan yang meletakkan harapan kepada kuasa-kuasa besar dunia.
4. Golongan yang mengharapkan keajaiban tanpa usaha, lantas menantikan kedatangan penyelamat seperti Imam Mahdi dan Nabi Isa dan lain-lainnya.
5. Golongan yang meyakini bahawa kemenangan akan dimiliki semula dengan mencontohi perjuangan generasi sebelumnya.

Persediaan Yang Sempurna Dan Amat Mengambil Berat Isu Pembebasan Al-Aqsa

Salahuddin Ayyubi adalah seorang tokoh hebat yang mengambil berat isu pembebasan Al-Aqsa. Beliau menjalani hidup dengan penuh disiplin. Salahuddin mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Baitul Maqdis kerana beliau telah menjadikan isu ini sebagai agenda hidupnya. Pernah beliau ditanya akan kenapa beliau sentiasa kelihatan serius dan tidak pernah ketawa. Beliau menjawab, “Bagaimana mungkin untuk aku ketawa sedangkan Masjid al-Aqsa masih berada dibawah cengkaman musuh”.

Palestin, Antara Semalam Dan Hari Ini

Umar al-Khattab pernah berpesn kepada Saad bin Abi Waqas, “Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah kerana taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk menentang musuh. Aku menyeru kamu dan mereka yang bersama kamu supaya menjauhi maksiat kerana maksiat adalah kunci kemenangan musuh ke atas kita”.

Zionis hari ini bekerja di waktu siang dan malam untuk mengejar cita-cita mereka dan meluaskan empayar mereka dari Sungai Nil di Mesir sehingga ke Sungai Furat di Iraq.

Kebangkitan umat hanyalah dengan mencontohi generasi al-Quran. Ini adalah kunci kepada kemenangan yang sebenar. Kemenangan Salahuddin ke atas tentera Salib bukanlah disebabkan oleh kehebatan keperibadiannya semata-mata tetapi adalah kerana kecemerlangan generasi yang telah dibinanya, yang telah diasaskan oleh barisan pimpinan dan juga para ulama’ sebelumnya.

Intifadah palestin kini semakin menunjukkan tanda-tanda kemenangan umat di dalam agenda membela al-Aqsa lebih-lebih lagi setelah berlaku revolusi 25 Januari, Mesir. Kemenangan umat dan pembebasan al-Aqsa adalah sesuatu yang pasti, sebagaimana generasi sebelumnya. Persoalannya ialah, apakah persiapan dan sumbangan kita kearah kemenangan ini?

SEMOGA KITA BERTEMU LAGI, DI MASJID AL-AQSA…..


Artikel Risalah Dakwah Bilangan 5 (Jamadil Akhir 1432 H)
Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2011

Selasa, 10 Mei 2011

Kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam HEWI 2011

akhawat.jpg
TIMBALAN PENGERUSI
Nurain binti Yaacob
+2011-7737821
aienzz@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


NAIB PENGERUSI HEWI 1
( Ketua Unit Perancang & Panitia HEWI )
Siti Fathiyah binti Mohd Razi
+2011-3229863
ukhti_jundullah87@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Melaka

NAIB PENGERUSI HEWI 2
( Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan HEWI )
Nurul Hasanah binti Yahuza
nuha_safiyyah@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
+2011-2415652
HEWI ANGKAT : Johor

NAIB PENGERUSI HEWI 3
( Lajnah Muhafazah )
Atiyqah binti Yusoff
+2011-8518925
atiyqahyusoff@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Pahang & Semua Muhafazah

SETIAUSAHA HEWI
Noor Akmaizan binti Yusof
+2011-8518847
nur_imansolehah@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Terengganu

TIMBALAN SETIAUSAHA HEWI
Suhana binti Idris
+2011-0095211
cintaislam79@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Pahang

NAIB SETIAUSAHA HEWI
( Ketua Unit Pendaftaran HEWI )
Nurlida binti Kelima
+2011-8518901
missnurlida@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Johor

BENDAHARI HEWI
Nurul Nadhirah binte Awang Mohd Nor
+2011-0889378
sufiqalb_02@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Perak

KETUA UNIT KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN HEWI
Norhashima bte Majid
+2011-3591811
ima_rohana89@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Selangor

KETUA UNIT PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA HEWI
Shazazierra binti Sharif
+2011-2871396
zie_cairo@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Perlis

KETUA UNIT PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN HEWI
Intan Soraya binti Hashim
+2014-8633432
surayahashim_87@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Kedah & Mansurah

KETUA UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN HEWI
Kamilah binti Che Razali
+2011-1770942
protzah_mleni@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Pulau Pinang

KETUA UNIT EKONOMI HEWI
Siti Sarah binti Bushari
+2011-2286882
wardahfakhirah@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Wilayah Persekutuan & Tanta

KETUA UNIT SAMBUTAN & REHLAH HEWI
Juhaida binti Abdul Hamid
+2015-22438454
iklil_misra@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT : Melaka

KETUA UNIT KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN KEMASYARAKATAN
Nurul Arifah binti Hilmi
+2011-6918937
nurul_iefah87@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
HEWI ANGKAT :Iskandariah

Isnin, 9 Mei 2011

Sempurnakan Agamamu Dengan Pernikahan


KAHERAH, 8 Mei : Pembentukkan jatidiri masyarakat bermula melalui pembinaan keluarga, maka penekanan hubungan sesama insan perlu dititik beratkan melalui hubungan perkahwinan .

Bagi menyemarakkan lagi kualiti pembangunan syakhsiah insan , oleh yang demikian perlu dijadikan perkara yang utama untuk dipelihara demi memastikan pembinaan generasi akan datang .

Unit Bait Muslim PMRAM, telah mengambil pendekatan dengan menganjurkan MAWAR'11 dibawah kelolaan Saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali selaku Naib Presiden 2 PMRAM merangkap Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan dengan pembawakkan tema " Sempurnakan agamamu dengan perkahwinan " semalam.

Hasil daripada temubual dengan salah seorang pasangan yang menyertai program tersebut, iaitu Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime mendapati beliau telah menjadikan UBM sebagai saluran terbaik untuk merealisasikan impiannya membina mahligai rumahtangga.

Beliau yang juga merupakan mantan Presiden PMRAM 2010, menyeru agar semua ahli PMRAM menjadikan UBM sebagai wadah terbaik dalam menyatukan fitrah cinta dan naluri kasih sayang kurniaan anugerah Allah ini dengan sebaiknya sekaligus dapat menghalang gejala sosial dalam kehidupan masyarakat.

“ Unit Bait Muslim bukanlah ejen mencari jodoh ataupun seumpamanya tetapi sebagai pemudah cara bagi mereka berkeinginan dengan berlandaskan batasan yang telah ditentukan oleh syara' " ujar Saudara Mohammad Majdi bin Zakaria selaku Ketua Unit Bait Muslim PMRAM Cawangan Kedah.

sumber:http://pmram.org/
3

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK