اصلح نفسك ودعو غيرك

Ahad, 21 Mac 2010

FREEMASONRY...!!

Ada apa pada AJL 24?

Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?


Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini




youtube (The Arrivals. ap 13)
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
di tali gitar


ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
Sekadar penambahan. Terima Kasih.

Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

~kenapa??~

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan??


“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..."

Al Baqarah 216


Mengapa ujian
seberat ini??


“…Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... “

Al Baqarah 286.



Rasa frust dan kecewa..


“…Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman…"

Ali Imran 139
.


Bagaimana harus aku menghadapinya??


“…Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)…”

Ali Imran 200.


“…Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk…”

Al Baqarah 45
.


Apa yang aku dapat daripada semua ini??


“…Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan syurga,..”

At Taubah 111.


Kepada siapakah aku bergantung harap??


“..Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri(tawakkal),..”

At Taubah 129
.

Jumaat, 19 Mac 2010

~KOD SYUBHAH~


Mari Menyumbang: Road Show Dana Syaqah Di Iskandariah









ISKANDARIAH, 14 Mac - Road Show Dana Syaqah di Iskandariah. DPM Iskandariah merupakan destinasi yang ke-10 bagi Road Show tersebut. Road Show itu dijalankan di markaz Dewan Zajlatul Abidah sekitar jam 2 petang, dan merupakan satu pogram bersama pogram Ramah Mesra bersama kepimpinan BP dan HEWI PMRAM.

Apa yang menarik, pihak DPM Iskandariah sempat menyediakan satu replika berbentuk sebuah bangunan yang menggambarkan apartmen PMRAM. Ia merupakan tabung dana syaqah yang dirasmikan di peringkat DPM Iskandariah.

Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz melancarkan gimik perasmian dengan memasukkan wang ke dalam tabung dan membuka pintu replika bangunan.

Di samping itu, beberapa pimpinan BP yang lain sempat menunjukkan kempen menderma di dalam menjayakan Misi Syaqah.

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK