اصلح نفسك ودعو غيرك

Sabtu, 14 Ogos 2010

BAZAR RAMADHAN UMI ISKANDARIAH 2010

JADUAL


Minggu Pertama - Rabu(11/8/2010) Sabtu(14/8/2010)



Minggu Kedua - Isnin(16/8/2010) Rabu(18/8/2010) Sabtu(21/8/2010)


Minggu Ketiga - Isnin(23/8/2010) Rabu(25/8/2010) Sabtu(28/8/2010)


Minggu Keempat -Isnin(30/8/2010) Rabu(1/9/2010) Sabtu(4/9/2010)


Minggu Kelima - Isnin(6/9/2010)


Tempahan melalui :
-Yahoo Mesengger ( YM )
-Telefon
-SMS

PUSAT PENGAMBILAN TEMPAHAN

( Asafirah)
- Us Mohd Hafiz Bin Omar ( fiq_1307@yahoo.com ) o11 4024434

(Mandarah )
- Us Muhamad Ismail ( drismail_zaqaqiq@yahoo.com ) 014 9476331

* Jika anda gagal menghubungi wakil kawasan, sila hubungi wakil kawasan yang lain
* Disarankan telefon daripada menggunakan khidmat SMS
* Digalakkan menempah sehari sebelum bazar
* Waktu tempahan dibuka pada sehari sebelum bazar sehingga jam 10 pagi keesokannya
* Segala menu baru atau habis akan dimaklumkan ketika anda menghubungi ditalian dan di dalam blog UMI



~SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA~

Makluman Suruhanjaya Pilihan Raya PMRAM cawangan Iskandariah


Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM Cawangan Iskandariah telah membuka pencalonan AJKT PMRAM cawangan Iskandariah untuk sesi 2010/2011

SPR telah menetapkan tarikh Penamaan calon pada 12 ogos-16 ogos 2010.

Terdapat 2 kategori

1.Pencalonan Pengerusi
Borang A:LE 5.00

2.Pencalonan bagi Ahlijawatankuasa Tadbir(AJKT)

Borang B:LE 3.00

Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisi borang akan menyebabkan pencalonan dengan sendirinya tertolak.

Khamis, 5 Ogos 2010

(CHECK DULU EXPIRED TUALA WANITA)

anak2 tikus yg dikeluarkan slepas pembedahan dibuat



HANYA UTK WANITA SAHAJA...
JOM BACA....
Rujukan-Jabatan Pembangunan Wanita's Note
(CHECK DULU EXPIRED TUALA WANITA)

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam

bahasa melayu....

HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..

check dulu expired date...

Kualiti..

dan paling PENTING kebersihanya...

takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...



Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah

mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....

Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA

WANITA...

disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan

tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu

pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...

so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....

lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm

orang2 mengandung tu...

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape

penyakit anaknya..

dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah

MENGANDUNG!!!

maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia

tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan

hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS

yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2

TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR

TERSEBUT..MUNGKINN.....

doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana

didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan

memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...



pelajar terbabit kini disahkan TIDAK BOLEH mengandung lagi kerana mereka

telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri

dijangkiti virus tikus yg kotor itu...



Moral of the story......

*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..

*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2

BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...

*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK

TERJADI



ATTACHED GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...

SUMBER: www.iedaluvsham.com



Info Keselamatan Terkin




HISBAH PMRAM meminta seluruh ahli agar lebih berhati-hati dalam memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini hasil daripada kecuaian para pelajar.

Para mahasiswi Malaysia khususnya diminta agar TIDAK KELUAR PADA WAKTU MALAM tanpa ditemani oleh beberapa pelajar lelaki (musyrif) demi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti rogol dan bunuh.

Oleh itu, sebagai langkah menjaga keselamatan diri individu ahli PMRAM di semua peringkat, pihak HISBAH mengharapkan setiap individu mengambil berat terhadap perkara-perkara berikut:-

1. Mahasiswi tidak dibenarkan sama sekali berada di luar rumah bermula dari waktu maghrib sehingga keesokan harinya. Sekiranya mahasiswi terdesak untuk keluar pada waktu malam, mereka wajib ditemani oleh beberapa orang pelajar lelaki (musyrif) yang ditetapkan oleh BKAN / DPM.

2. Memastikan rumah anda berkunci dari dalam sebelum anda tidur. Ini kerana ada beberapa percubaan untuk menceroboh rumah pada waktu malam ketika para pelajar sedang nyenyak tidur.

3. Dilarang membawa masuk warga arab tempatan atau asing ke dalam asrama BKAN atau rumah sewa demi keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

4. Para mahasiswa digalakkan membawa tongkat semasa berada di luar rumah pada waktu-waktu yang sunyi seperti pada waktu malam dan selepas subuh. Ini sebagai persediaan untuk keselamatan diri jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

5. Jangan melayan sebarang sapaan dan panggilan daripada bukan warga Malaysia yang tidak dikenali. Sebahagian kes peras ugut bersenjata berlaku apabila para mahasiswa pergi menemui orang asing yang memanggilnya dan menyapanya.

6. Jangan melalui lorong-lorong gelap. Kebanyakan kes ugut bersenjata berlaku di lorong-lorong gelap yang dilalui oleh para pelajar.

7. Jangan mempamirkan barang-barang berharga anda di hadapan orang Arab seperti telefon bimbit, duit dan laptop.

8. Para mahasiswa digalakkan agar menaiki teksi dan duduk di bahagian belakang. Ini bagi memastikan anda dapat sampai terus ke pintu rumah dan mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu anda berada di dalam teksi.

9. Tidak dibenarkan sama sekali mengambil wang di bank atau mesin-mesin ATM pada waktu malam. Para pelajar diminta agat tidak berseorangan semasa mengambil wang.

10. Jangan membawa wang yang banyak sewaktu anda berada di luar rumah.

11. Pelajar lelaki yang menjadi peneman para siswi (musyrif) pada waktu malam tidak digalakkan berseorangan. PMRAM menggalakkan bilangan para pelajar yang menjadi musyrif adalah lebih dari seorang dan membawa tongkat.

12. Utamakan nyawa anda sekiranya anda diperas ugut sama ada anda diacu dengan senjata atau tidak. Serahkan segala kepunyaan anda kepada penjenayah sekiranya keadaan terlalu mendesak.

13. Sekiranya anda berjaya melepaskan diri daripada penjenayah, sila menjerit agar dapat didengari oleh masyarakat setempat. Antara contoh jeritan adalah seperti berikut:


النَّجْدَة
حَرَمِيّ
الْحَقُوْنِيْ
Help me!
Tolong!

16. Sila simpan nombor-nombor berikut di dalam telefon bimbit anda. Hubungi pemilik-pemilik nombor berikut sekiranya perlu. Untuk di kawasan Iskandariah.

Pengerusi DPMI. Ustazah Rabiatul Hazirah : 011 684 6441
AJK Hisbah UMI. Ustaz Mustakim : 011 900 1219
. Ustaz Khairul Nizam ; 011 799 8782

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK