اصلح نفسك ودعو غيرك

Khamis, 5 Ogos 2010

Info Keselamatan Terkin




HISBAH PMRAM meminta seluruh ahli agar lebih berhati-hati dalam memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini hasil daripada kecuaian para pelajar.

Para mahasiswi Malaysia khususnya diminta agar TIDAK KELUAR PADA WAKTU MALAM tanpa ditemani oleh beberapa pelajar lelaki (musyrif) demi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti rogol dan bunuh.

Oleh itu, sebagai langkah menjaga keselamatan diri individu ahli PMRAM di semua peringkat, pihak HISBAH mengharapkan setiap individu mengambil berat terhadap perkara-perkara berikut:-

1. Mahasiswi tidak dibenarkan sama sekali berada di luar rumah bermula dari waktu maghrib sehingga keesokan harinya. Sekiranya mahasiswi terdesak untuk keluar pada waktu malam, mereka wajib ditemani oleh beberapa orang pelajar lelaki (musyrif) yang ditetapkan oleh BKAN / DPM.

2. Memastikan rumah anda berkunci dari dalam sebelum anda tidur. Ini kerana ada beberapa percubaan untuk menceroboh rumah pada waktu malam ketika para pelajar sedang nyenyak tidur.

3. Dilarang membawa masuk warga arab tempatan atau asing ke dalam asrama BKAN atau rumah sewa demi keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

4. Para mahasiswa digalakkan membawa tongkat semasa berada di luar rumah pada waktu-waktu yang sunyi seperti pada waktu malam dan selepas subuh. Ini sebagai persediaan untuk keselamatan diri jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

5. Jangan melayan sebarang sapaan dan panggilan daripada bukan warga Malaysia yang tidak dikenali. Sebahagian kes peras ugut bersenjata berlaku apabila para mahasiswa pergi menemui orang asing yang memanggilnya dan menyapanya.

6. Jangan melalui lorong-lorong gelap. Kebanyakan kes ugut bersenjata berlaku di lorong-lorong gelap yang dilalui oleh para pelajar.

7. Jangan mempamirkan barang-barang berharga anda di hadapan orang Arab seperti telefon bimbit, duit dan laptop.

8. Para mahasiswa digalakkan agar menaiki teksi dan duduk di bahagian belakang. Ini bagi memastikan anda dapat sampai terus ke pintu rumah dan mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu anda berada di dalam teksi.

9. Tidak dibenarkan sama sekali mengambil wang di bank atau mesin-mesin ATM pada waktu malam. Para pelajar diminta agat tidak berseorangan semasa mengambil wang.

10. Jangan membawa wang yang banyak sewaktu anda berada di luar rumah.

11. Pelajar lelaki yang menjadi peneman para siswi (musyrif) pada waktu malam tidak digalakkan berseorangan. PMRAM menggalakkan bilangan para pelajar yang menjadi musyrif adalah lebih dari seorang dan membawa tongkat.

12. Utamakan nyawa anda sekiranya anda diperas ugut sama ada anda diacu dengan senjata atau tidak. Serahkan segala kepunyaan anda kepada penjenayah sekiranya keadaan terlalu mendesak.

13. Sekiranya anda berjaya melepaskan diri daripada penjenayah, sila menjerit agar dapat didengari oleh masyarakat setempat. Antara contoh jeritan adalah seperti berikut:


النَّجْدَة
حَرَمِيّ
الْحَقُوْنِيْ
Help me!
Tolong!

16. Sila simpan nombor-nombor berikut di dalam telefon bimbit anda. Hubungi pemilik-pemilik nombor berikut sekiranya perlu. Untuk di kawasan Iskandariah.

Pengerusi DPMI. Ustazah Rabiatul Hazirah : 011 684 6441
AJK Hisbah UMI. Ustaz Mustakim : 011 900 1219
. Ustaz Khairul Nizam ; 011 799 8782

Sabtu, 17 Julai 2010

BAZAR ALEX 2010

~madam secret recipies~
~gerai 10 sen jer~
~nasi kerabu~
~mee rebus cik cemah~
~pasembor -sanabil goreng berlada~
~mee bandung ~
~laksa lemak dan laksa pedas dari acheh~
~seri ayu~
~gerai thailand..kueh hanget-somtam-pulut ayam-nasi padped-lompat tikam-rojok bihun dan len2~
~piscok(pisang + coklat) gerai indon ~
~kek batik madam asma~
~nasi ayam indra putra kak becah~
~nasi tomato madam syikin~
~apam balik -mee bandung -kek batik ~
~gerai "1o sen jer" mee rebus-pasembor-sanabil goreng berlada-bebola sotong-sosej roll-kuih melaka~

Rabu, 30 Jun 2010

BAZAR ALEX 2010

SUQ AL-AKALAAT AL-MAALIZIYAH 2010
TARIKH:1.2.3 SYAABAN 1431H
BERSAMAAN 13,14,15/07/2010
WAKTU:9PAGI-6 PETANG
LOKASI : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH(MARKAZ DPMI)
ANJURAN: JABATAN BENDAHARI (UNIT EKONOMI)

PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH 2010

Isnin, 21 Jun 2010

~anak-anak kita~



..atas alasan apakah anak-anak kita jadi begini...adakah kerana didikan mak ayah..bakat yang terpendam...pengaruh media @ lain2..bukankah anak-anak dilahirkan bagai sehelai kain putih yang bersih?? siapakah yang bertanggungjawab mencoraknya..

Ahad, 20 Jun 2010

detik pemergianmu


>Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam.
>"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
>masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
>badan
>dan menutup pintu.
>
>Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
>bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,
>orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
>Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
>
>Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
>"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
>memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
>
>Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
>tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
>
>Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
>dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,
jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang
amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
>Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu
>ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
>
>"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
>"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
>"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
>kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
>berada di dalamnya," kata Jibril.
>
>Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
>Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
>Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut
ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh,
kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini,
>timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
>"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
>Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
>Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?"-
>"Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK