اصلح نفسك ودعو غيرك

Sabtu, 30 Januari 2010

Otak berulat...akibat makan sushi

Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!

Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).




This is a true case of a Japanese man from Gifu Prefecture who incessantly about a persistent headache. Mr. Shota Fujiwara loves his sashimi and sushi very much to the extent of trying to get them as "alive and fresh" as can be for his insatiable appetite. He developed a severe headache, but for the past three years had put it off as migraine and stress from work.
It was only when he started losing his phsyco-motor skills that he sought medical help. A brain scan and x-ray revealed little however. But upon closer inspection by a specialist on his scalp, the Doctor noticed small movements beneath his skin. It was then that the Doctor did a local anaesthetic to his scalp and discovered the cause! Tiny tapeworms crawled out! Major surgery was t! hus immediately called for and the extent of the infestation was horrific!
Remember : tapeworms, roundworms and their eggs which abound in all fish, fresh or saltwater, can only be killed by thorough cooking and/or freezing the fish to between -4 deg C - 0 degsC

Ahad, 24 Januari 2010

al-Azhar Iskandariah...?


Mesir Banjir



Tujuh maut banjir di MESIR

KAHERAH 19 Jan. - Hujan lebat yang jarang berlaku, melanda rantau Asia Barat semalam menyebabkan kediaman dihanyutkan air, bandar peranginan ditinggalkan dan tujuh nyawa terkorban termasuk seorang pelancong Britain dalam bencana banjir yang disifatkan sebagai terburuk dalam masa sedekad.

Paras air yang meningkat di sepanjang pantai Laut Merah di selatan Mesir yang bersempadan dengan Israel, meragut enam nyawa selain merosakkan jalan raya ke kawasan pelancongan di padang pasir Sinai dan merobohkan kabel telefon dan elektrik.

Israel menutup sementara sempadannya dengan Mesir dan Jordan, ketika warga Jordan diberi amaran agar tidak menggunakan jalan raya selepas lebih sepuluh kemalangan berlaku di satu kawasan.

Seorang pelancong Britain yang belayar di Sungai Nil dekat bandar Aswan, selatan Mesir, terbunuh apabila perahu layarnya terbalik akibat angin kuat dan hujan lebat yang mendadak. Isteri mangsa dan dua rakannya, seorang warga Kanada dan rakyat India terselamat, demikian menurut ketua siasatan jenayah bandar itu, Mejar Jeneral al-Shafei Hassan.

Hujan lebat turut menghanyutkan berpuluh-puluh rumah yang diperbuat dari lumpur di perkampungan Aboul-Rish, juga di Aswan, menyebabkan dua wanita terbunuh. Mangsa terselamat terpaksa tidur di luar rumah akibat kediaman yang musnah.

Di bandar Luxor, utara Mesir, cuaca buruk menyebabkan keputusan bekalan kuasa di beberapa kejiranan dan menyebabkan gangguan dalam jadual pelayaran kapal pesiaran, kapal layar dan feri di Sungai Nil.

Seorang wanita mati lemas di Israel apabila kereta yang dinaikinya terperangkap dalam banjir kilat di selatan negara Yahudi itu, di mana ribut yang berlaku turut menyebabkan jalan utama menuju ke bandar peranginan Eilat di Laut Merah tidak dapat dilalui.

Ketua Perkhidmatan Kecemasan, Mohammed Fayez berkata, hujan lebat turut membunuh seorang wanita, 14 lagi hilang dan kerosakan pada lapangan terbang lama Sharm el-Sheik.

Seorang pegawai kerajaan tempatan, Mohammed al-Kiki berkata, banjir kilat melimpahi sebuah empangan dekat sempadan dengan Israel menyebabkan seorang lelaki maut.

Korban terakhir berlaku di kawasan peranginan Hurghada, Laut Merah apabila seorang wanita berusia 24 tahun lepas apabila dihanyutkan air di jalan besar. - AP

Rabu, 20 Januari 2010

wanita vs lelaki


Kecantikan Lelaki.
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik, adalah :-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang
ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah :-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah
Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam.

QASIDAH AL MUHAMMADIYAH

kempen MENGINGATI KEMATIAN

kempen HARAM MEROKOK